Surah Al-Hujuraat - سورة الحجرات
(AYAT 6-13)
Ayat 6-8 : Memastikan Kebenaran Khabar Berita
Tabayyun
Tabayyun bermakna memeriksa semula kesahihan atau kebenaran sebuah informasi. Pada era media sosial hari ini banyak fitnah dan berita palsu dengan mudahnya tersebar luas ke segala penjuru dunia. Kita ‘share’ sesuatu berita bukan kerana kesahihan informasi yang terkandung di dalamnya, tetapi ukuran tersebut dibuat berasaskan berapa ramai yang ‘like’ dan ‘panas’nya info tersebut. Oleh kerana itu firman-Nya dalam Al-Hujurat: 6, Allah SWT mengingatkan kita untuk selalu Tabayyun saat menerima sebuah maklumat. Tabayyun juga termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW. Kerana Rasulullah selalu bertabayyun dan menyuruh para sahabat untuk bertabayyun. Kita perlu menyiasat dengan teliti sebelum membuat suatu tindakan yang merugikan. Ia akan menjadi malapetaka ke atas umat Islam jika tidak berhati-hati dan meneliti kebenaran sumber berita yang diterima.

Ayat 9 : Memilih ‘Jalan Islah’ Ketika Berlaku Perselisihan
Damai
Ramai orang yang bersifat kurang Tabayyun terlibat dalam sebuah perselisihan. Maka hendaklah kita mendamaikan orang yang bermusuhan. Dan selepas itu berbuat adil lah. Kerana Allah SWT menyukai orang yang berbuat adil. Dalam konteks politik kontemporari pula, kehadiran pembangkang dalam sistem pemerintahan tidaklah termasuk dalam kategori hukum “bughah” (pemberontak) iaitu suatu hukum mengenai pemberontakan yang dilakukan terhadap pemerintahan yang adil dan sah. Ini kerana pembangkang dalam institusi politik memberikan maksud wujudnya pertalian kumpulan manusia yang bertindak bersama untuk menggerakkan keupayaan negara secara kolektif. Allah memerintahkan agar kita bersikap adil dalam menyelesaikan masalah kerukunan masyarakat dengan mengutamakan jalan perdamaian sesama saudara. Jika terdapat khabar yang meragukan, carilah kebenaran dengan bertanya kedua-dua belah pihak. Jangan kerana kebencian kita terhadap satu kelompok itu, menyebabkan kelompok tersebut teraniaya.

Ayat 10 : Orang Beriman Saling Bersaudara
Bersatu
Kita sesama muslim adalah saudara seiman seperti dalam firman Allah SWT (Al-Hujurat: 10). Maka hilangkan perbezaan dan bersatu dalam ukhuwah agar islam menjadi kuat. Jika dua kelompok orang beriman berperang (sama ada secara fizikal atau mental yakni dengan cara memaki hamun) akibat bercanggah fahaman dan ijtihad, berselisih aliran dan pemikiran, sedangkan daripada sisi faktor lain mereka bersatu, iaitu masing-masing percaya bahawa Allah Maha Esa, percaya akan Rasul-Nya, percaya kebenaran Kitab-Nya dan kerukunan iman yang lain, maka potensi penyatuan (taqrib) hendaklah diusahakan.

Ayat 11 : Larangan Mempersenda, Mencela dan Memanggil Panggilan Yang Buruk
Jangan Menghina
Kita sama sekali tidak boleh menghina orang lain. Kerana dengan menghina orang lain, maka muncullah dalam hati bahawa kita itu lebih baik. Dari situ timbullah rasa riak dan sombong. Dan sesungguhnya sombong itu adalah sifat Iblis. Belum tentu kita lebih baik dari orang yang kita hina. Dan tahu kah kamu? menghina orang lain juga sama seperti kita menghina diri sendiri. Firman-Nya dalam Al-Hujurat: 11, Allah SWT juga menegaskan agar kita tidak memberi gelaran-gelaran tertentu kepada seseorang. Manusia diberikan kelebihan oleh Allah anugerah ‘lisan’ untuk berbicara dalam pelbagai bahasa dan berkomunikasi sesama mereka. Lisan ibarat pedang, ia boleh mencegah kemungkaran di tengah komuniti masyarakat dan ia juga boleh memecah-belahkan kaum Muslimin menurut kehendak syaitan.

Ayat 12 : Larangan Berburuk Sangka, Mengumpat dan Mengintip Kesalahan Orang Lain
Suudzon
Ayat ini merupakan lanjutan kepada ayat yang lalu. Sebaiknya elakkan lah dari suudzon. Kerana suudzon akan berkesudahan kepada ghibah (mengumpat). Ketika seseorang sudah suudzon dengan orang lain, maka akan dicari semua kesalahan seseorang tersebut. Dan biasanya tidak hanya berakhir pada pencarian, kesalahan tersebut akan diceritakan kepada orang lain lagi. Dan terjadilah ghibah. Buruknya dosa mengumpat sehingga ia digambarkan seolah-olah memakan daging saudara kita sendiri.
Namun, ulama’ fekah membahaskan bahawa hukum mengumpat menjadi harus sekiranya terjadi alasan-alasan sedemikian;

Ayat 13 Tingginya Nilai Takwa
Berbeza Tetap Satu
Perkongsian hidup antara Adam a.s. dengan Hawa telah melahirkan zuriat keturunan mereka. Zuriat ini telah berkembang biak dalam jumlah yang besar dan tersebar ke serata pelusuk dunia sehingga menjadi berbagai bangsa dan puak. Terjadinya berbagai bangsa dan puak itu merupakan satu rahmat Allah s.w.t. kepada manusia itu sendiri kerana mereka boleh saling kenal-mengenal dan bertukar-tukar pengalaman kehidupan untuk kebaikan bersama. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Oleh sebab itu mari kita bersatu sebagai umat muslim. Saling mengenal dan saling menasihati. Islam mengajar umat manusia untuk saling mengenali dan secara jelas menolak rasisme, ta’assub kumpulan, perkauman ataupun sikap assabiyah yang merosakkan.
Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan tauladan kepada umatnya, mempersatukan penduduk Madinah yang berbilang kabilah, bangsa dan agama. Rasulullah telah membentuk komuniti bersatu ‘Aus dan Khazraj, Muhajirin dan Ansar dalam satu wilayah pemerintahan agar semuanya dapat menjalani kehidupan aman dan damai. Manusia yang menyatakan keunggulan satu ras dan mempercayai bahawa mereka lebih unggul dari bangsa yang lain, mereka sebenarnya telah melupakan satu hakikat penting bahawa tiada satu pun nilai-nilai tersebut bersifat abadi. Setiap manusia yang beriman mahupun kafir, hidup atau mati, akan meninggalkan semua yang dimilikinya di dunia ini. Segala amal usahanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Pada hari itu, tidak seorang pun mampu menolong yang lain, tiada ras dan warna kulit.

No comments:
Post a Comment