Sunday, 12 June 2016

BAB 3 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN HUBUNGAN ETNIK


Perlembagaan ialah satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan juga adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Perlembagaan merupakan satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan serta peranan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.
Komponen utama dalam perlembagaan ialah perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis di mana badan perundangan , kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan. Jenis kedua iaitu prlembagaan tidak bertulis iaitu semua pprinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan dan keputusan-keputusan mahkamah. Contoh negara yang mengamalkan adalah New Zealand.
Kepentingan Perlembagaan
Perlembagaan berperanan besar dalam membentuk dan menstruktur hubungan etnik antara kaum di Malaysia. Secara amnya, perlembagaan akan menjamin riwayat sesebuah negara bangsa sentiasa relevan dengan perubahan zaman.
Fungsi perlembagaan adalah untuk mewujudkan pemerintahan yang adil. Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, walaupun perlembagaan memperuntukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan atau rasmi negara tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia.
Selain itu, perlembagaan juga mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dalam rakyat. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada pemerintah tetapi juga kepada rakyat. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa oleh sesuatu pihak.
Seterusnya, perlembagaan berfungsi untuk mengekalkan rakyat negara bangsa. Perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan, sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang dapat dilaksanakan.
Seterusnya, perlembagaan membentuk keamanan dan kestabilan negara. Hal ini memandangkan terdapatnya sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Namun kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebebasan mereka.
Ketertinggian Perlembagaan
Ketertinggian perlembagaan adalah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan  adalah terbatal dengn sendirinya.
Di Malaysia, tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketertinggian perlembagaan Malaysia. Malah ketiga-tiga badan kerajan seperti perundangan, kehakiman, dan eksekutif serta Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia. Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Ini kerana perlembagaan memperuntukkan dengan nyata dalam perkara 4(1). Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal setakat mana yang berlawanan.
Proses penggubalan Perlembagaan Malaysia
  1. Menteri dengan pihak kementerian akan menyediakan draf undang-undang.
  2. Jabatan Peguam Negara akan meneliti draf undang-undang dan menulis draf tersebut semula dalam bentuk perundangan.
  3. Rang undang-undang dibincangkan di Jemaah Menteri.Baginda perlu meluluskan draf undang-undang tersebut sebelum dibawa ke parlimen.
  4. Menteri berkenaan membentangkan rang undang-undang di Parlimen dengan hanya membacakan tajuk rang undang-undang.
  5. Perbahasan secara menyeluruh dan mendalam dijalankan oleh ahli-ahli Parlimen tentang rang undang-undang. Pengundian dijalankan.
  6. Rang undang-undang akan ditelitikan secara terperinci oleh ahli-ahli jawatankuasa. Pindaan akan dibuat mengikut keperluan tertentu.
  7. Rang undang-undang akan dibahaskan sekali lagi. Undian akan diadakan untuk meluluskan rang undang-undang.
  8. Dipersembahkan unutk diperkenankan oleh Yang di-Pertua Agong.
  9. Rang undang-undang diwartakan untuk dijadikan undang-undang. Undang-undang begini dikenali sebagai akta.
Ciri-ciri Gagasan Perlembagaan

Malayan UnionPersekutuan Tanah Melayu 1948Perlembagaan Malaysia 1963
Kedudukan Raja MelayuMenjadi Majlis Raja-Raja dan hanya boleh membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu.Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan, kuasa raja ditentukan oleh perlembagaan.Sistem Raja Berperlembagaan

Agama IslamKedudukan agama Islam tercabar.Adat dan agama kawalan orang Melayu.Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak.
Kedudukan negeri-negeri MelayuSingapura diasingkan menjadi Tanah Jajahan Mahkota kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.Gabungan 11 buah negeri diperkenalkan, 4 buah Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 5 buah Negeri-negeri melayu tidak Bersekutu dan 2 buah Negeri Selat.
Kerakyatan / KewarganegaraanKerakyatan sama rata berdasarkan prinsip Jus Soli.Sistem kerakyatan diperketatkan- kerakyatan jus soli hanya untuk rakyat Melayu dan rakyat British.Ada empat syarat bagi menentukan taraf kewarganegaraan seseorang individu. Syarat-syarat itu adalah melalui:
(a) Kuat kuasa undang-undang
(b) Pendaftaran
(c) Masukan atau permohonan
(d) Percantuman wilayah

Ketua Pentadbiran NegeriPesuruhjaya negeriSultan dan Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri.Raja sebagai pemerintah tertinggi
Keistimewaan orang Melayu dan bumiputeraDasar Pra-1946 yang memberi kelebihan kepada orang Melayu ditarik balik iaitu hak istimewa orang melayu dan pertuanan Melayu dihapuskan.British iktiraf semula ketuanan Melayu.hak istimewa orang Melayu adalah kuota kemasukan dalam sektor awam dan institusi pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan mendapat lesen dan permit perniagaan.
Malayan Union

-Ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House selepas perang dunia kedua.
-Menggabungkan negeri-negeri melayu dengan Negeri Selat (kecuali Singapura) untuk menjadi pengganti British di Tanah Melayu.
- Ada perkaitan dengan Piagam Atlantik
* Piagam Atlantik
Pada tanggal 14 Agustus 1941 Franklin D. Roosevelt (Presiden amerika serikat) dan winston Churchill (PM Inggris) menandatangani sebuah piagam perdamaian yang disebut Piagam atlantik diatas geladak kapal agusta di Teluk New Foundland. dan Isi Pokok dalam Atlantic charter tersebut adalah :
1. tidak boleh ada perluasan daerah jika tidak dengan kemauan penduduk asli setempat
2. segala bangsa berhak menentukan bentuk dan corak negaranya sendiri
3. semua negara diperkenankan ikut serta dalam perdagangan internasional
4. membentuk perdamaian dunia setiap bangsa dapat hidup bebas dari rasa takut dan kekurangan karena saling membantu
5. menolak jalan kekerasan dalam menyelesaikanpertikaian internasional, kecuali untuk kepentingan umumdalam pertemuan di Washington tanggal 1 januari 1942, 26 negara yang hadir menyetujui program dan tujuan yang terdapat dalam Piagam Atlantik. Ke dua puluh enam negara menandatangani Declaration of the United Nations.
Ciri-ciri Malayan Union
1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British.
2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan di bawah seorang Gabenor British
3. Kadaulatan raja-raja Melayu dihapuskan.
4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Penentangan Malayan Union
- Malayan Union mendapat tentangan yang hebat dari orang Melayu.
-Tapi Malayan Union tetap diisytiharkan pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai gabenor pertama.
-Orang Melayu memulaukan majlis pengisytiharan itu, akhirnya British mengalah dan menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu.
-British sedar tanpa sokongan orang Melayu Malayan Union akan Gagal.


Unsur TradisiPenerangannyaRasionalPerkara imbangannya
Pemerintahan BerajaMerupakan sejenis kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara.Sistem pemerintahan beraja adalah system tertua di Dunia.

sistem pemerintahaan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.
Islam sebagai agama persekutuanBermaksud islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi dalam pada masa yang sama agama-agama yang lain bebas diamalkan dengan aman dan harmoni.1.      Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan.
2.      Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris.

3.      Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris.
4.      Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada raja-raja Melayu.
5.      Sesuai dengan takrif Melayu; Pekara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
6.      Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) ,mengembangkannya.
7.      Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkn khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
8.      Tiap-tiap kumpulan agama berhak:
a.       Mengurus hal ehwal agamanya sendiri.
b.      Menubuhkan dan menyelenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
c.       Memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmiBermaksud Bahasa Melayu digunakan untuk  maksud rasmi.1.      Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.
2.      Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya.
3.      Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan.
4.      Bahasa melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.
1)      Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan( selain dari maksud rasmi) aatu mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
2)      Kerajan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.

Kedudukan istimewa orang MelayuYDPA dikehendaki melaksanakan dasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,pendidikan,perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan.1.      Orang Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu perlu menerima hakikat hak keistimewaan  orang Melayu.
2.      Semasa  zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu sedikit orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan.
3.      Orang Melayu hanya jadi pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Malaysia.
4.      Majoriti orang melayu adalah miskin terutama di luar bandar, sukar mendapat peluang pendidikan.
5.      Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing.
Pekara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab YDPA untuk melindungi hak-hak mereka yang sah melalui peruntukan yang lain.

 Perbandingan Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPiagam Madinah
Sumberdibentuk berasaskan kepada dua dokumen :
-Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
-Perlembagaan Kemerdekaan 1957
Dibentuk berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
TujuanMewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.Menghadapi dan menyatukan masyarakat majmuk Madinah
Hak pemerintah
hak seseorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu terjamin.

Mengakui Nabi Muhammad sebagai Rasulullah(bagi orang Islam) mengakui Nabi Muhammad sebagai ketua negara (bagi bukan Islam)
Hak rakyatHak keselamatan dan mendapat perlindungan  tanggungjawab YDP Agong.Hak keselamatan dan mendapatkan perlindungan daripada kezaliman dijamin oleh undang-undang qisas.
Tanggungjawab pemerintahBertanggungjawab menggubal dan meklaksanakan dasar sesebuah negara atas nasihat Perdana Menteri.Nabi Muhammad sebagai pemimpin Madinah dan hakim yang menyelesaikan masalah antara orang Islam dan bukan Islam.
Tanggungjawab rakyatMempertahankan kemerdekaaan dan keharmonian masyarakat majmuk.Semua masyarakat wajib mempertahanan Madinah dari ancaman luar.
Hubungan dengan bukan IslamMenghormati antara satu sama lain.Setiap penduduk Madinah samada Islam atau bukan Islam hendaklah saling tolong menolong jika salah satu pihak berada dalam kesusahan.
https://www.youtube.com/watch?v=ikifFSc1rxQ

No comments:

Post a Comment