REFLEKSI
BAB 1
Matriks no. ; 2015827128
Dalam bab 1, saya telah belajar mengenai asas perkenalan kepada pembentukan manusia serta perkaitan roh dengan manusia di mana roh dapat memberi 'kebebasan' dengan mengikat tangunggjawab individu dan masyarakat. Selain itu, bab satu memperkenalkan mengenai kehidupan manusia iaitu makhluk bermasyarakat yang saling bergantung antara satu sama lain. Saya juga mempelajari pandangan Islam tentang perbezaan manusia melalui surah Al-Hujurat di mana di dalam surah ini menjelaskan golongan fasik, menyelidiki terlebih dahulu berita yang diterima dengan bukti atau hujah yang diterima akal, serta larangan-larangan yang harus dipatuhi untuk menggalakkan perpaduan sesama masyarakat seperti jangan mencemuh orang lain, jangan rasa diri lebih baik, jangan mengaibkan orang lain, jangan membuat panggilan buruk terhadap orang lain, jangan bersangka buruk terhadap orang lain, jangan mengintip atau mencari kesalahan, serta jangan mengumpat orang lain. Dalam bab 1, saya juga belajar mengenai tahap hubungan etnik yang terbahagi kepada dua iaitu tahap hubungan etnik yang positif seperti segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi, dan amalgamasi serta tahap hubungan etnik yang negatif seperti prejudis, stereotaip, diskriminasi, dan perang.Dalam hubungan etnik juga terdapat konsep ras, bangsa dan kelas. Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya pelajari dari bab 1 ialah saya dapat mengenal konsep masyarakat secara umumnya serta mempraktikkan pengajaran dari Surah Al-Hujurat untuk memupuk perpaduan antara kaum.
Matriks no: 2015258242
Dalam bab 1, apa yang telah saya pelajari ialah Allah menciptakan manusia itu dalam pelabagai perbezaan, peebezaan warna, perwaktakan, kecederungan dan sebainya, Namun di sebalik semua perbezaan ini, manusia masih boleh bersatupadu berlandaskan apa yang telah Allah s.w.t ajarkan.
Dalam bab 1 ini juga saya pelajari tentang kepelbagaian etnik, ,masayarakat, bangsa dan budaya. Apa yang saya dapat lihat didalam bab 1 ini ialah perbezaan yang telah Allah jadikan ini adalah satu nikmat untuk melihat kepelbagaian dalam kehidupan dan perbezaan ini untuk melengkapkan antara satu sama lain. Manusia masih boleh bersatupadu jika pandauan di dalam surah Al hujrat ayat 6-13 di amalkan. Tambahan pula dalam bab 1 ini saya pelajari keperluan untuk mengkaji dan memahami sesbuah masyarakat, supaya kita dapat hidup besatupadu, dan apa yang ada seseorang itu menceminkan masyarakatnya. Memahami masyakat membolehkan kita menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat dan meghormati antara satu sama lain di dalam masyarkat.
Matriks no: 2015831974
Dalam bab 1, apa yang telah saya pelajari adalah mengenai konsep asas dalam hubungan etnik. Terdapat banyak etnik di Malaysia, tetapi majoritinya boleh dibahgikan kepada 3 etnik utama di Malaysia, iaitu etnik Melayu, Cina dan India. Saya mempelajari dalam bab ini ialah, bagaimana sesuatu etnik itu dibentuk dan disegani oleh etnik-etnik yang lain. Saya juga mempelajari mengenai perasaan dan pemikiran yang mana boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu prejudis, sterotaip, dan diskriminasi. Sebagai manusia, kita hendaklah menghindari 3 perasaan ini kerana ia boleh melahirkan satu perasaan yang tidak elok. Contohnya jika kita bersikap diskriminasi iaitu perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata, ia akan menyebabkan berlakunya perpecahan dalam sesuatu kumpulan etnik. Kesimpulannya, sebagai masyarakat yang hidup aman damai di bumi Malaysia ini, kita janganlah ada sikap seperti yang saya sebutkan tadi iaitu sikap prejudis, sterotaip dan diskriminasi. Kita hendaklah sentiasa bersikap toleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain barulah hidup kita sentiasa aman dan damai tanpa pergaduhan.
Matriks no: 2015834682
Dalam bab 1 juga, saya mempelajari asas perkenalan kepada pembentukan manusia serta perkaitan roh dengan manusia di mana roh dapat memberi kebebasan dengan mengikat tangunggjawab individu dan masyarakat. Saya juga mempelajari pandangan Islam tentang perbezaan manusia melalui surah Al-Hujurat (ayat 6-13) di mana di dalam surah ini menjelaskan jangan sesekali menerima terus berita yang kita dapat daari golongan fasik iaitu golongan yang berterusan melakukan dosa dan tanpa rasa bersalah, apabila kita menerima berita dari golongan fasik, kita hendaklah menyelidiki terlebih dahulu berita yang diterima dengan bukti atau hujah yang diterima akal, serta larangan-larangan yang harus dipatuhi untuk menggalakkan perpaduan sesama masyarakat seperti jangan mencemuh orang lain, jangan rasa diri lebih baik, jangan mengaibkan orang lain, jangan membuat panggilan buruk terhadap orang lain, jangan bersangka buruk terhadap orang lain, jangan mengintip atau mencari kesalahan, serta jangan mengumpat orang lain.
BAB 2
Matriks no: 2015827128
Dalam bab 2, saya telah belajar mengenai pluraliti serta perbezaan antara pluraliti dan pluralistik. Pluraliti terbahagi kepada 3 fasa iaitu pluraliti sebelum kerajaan Melayu Melaka, pluraliti zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dan pluraliti zaman penjajah, Manakala, masyarakat pluralistik di Malaysia terbahagi kepada pra merdeka dan pasca merdeka. Apa yang dapat saya pelajari dari pluraliti ialah bagaiman saya dapat membentuk dan berinteraksi dengan masyarakat bukan bumiputera walaupun berbeza agama dan budaya. Saya juga mendapati bahawa asas kepada pembentukan hidup bermasyarakat di negara yang bebilang kaum di Malaysia adalah bermula dari perkenalan konsep pluraliti dalam pembentukan perpaduan dalam negara.
Matriks no: 2015258242
Apa yang telah saya pelajari dalam bab 2 ialah kemajmukan sebelum dan selepas penjajahan. Pluraliti masyarakat di alam Melayu zaman awal berlaku secara semula jadi tanpa paksaan. Kebanyakan etni yang datang ke alam Melayu mempunyai serampang tiga mata iaitu pengembangan agama, kekayaan dan kemegahan. Contohnya dalam aspek ilmu pengetahuan dipengaruhi oleh masyarakat Arab seperti falsafah, tasawuf dan sebagainya. Persamaan masyarakat pluraliti dan pliralistik ialah mewujudkan masyarakat pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina India, Eropah dan lain-lain.
Matriks no: 2015831974
Dalam bab 2, saya telah belajar mengenai pluraliti & masyarakat pluralistik di Malaysia. Dalam bab ini, saya telah belajar apa yang dimaksudkan dengan pluraliti. Saya juga belajar mengenai bagaimana kehidupan orang melayu sebelum kedatangan penjajah ke tanah melayu. Yang mana setelah kedatangan penjajah konsep pluraliti telah bertukar ke konsep pluralistik. Konsep pluralistic ialah, penjajah telah membawa orang cina dan india secara paksaan untuk bekerja di tanah melayu. Tujuan utama penjajah datang ke tanah melayu adalah untuk kepentingan ekonomi dan politik. Namun terdapat persamaan dalam konsep pluraliti dan konsep pluralistic iaitu ia mewujudkan masyarakat pelbagai bangsa seperti melayu, cina, india dan lain-lain lagi dan wujudlah masyrakat majmuk di Malaysia hasil daripada konsep pluralistik yang dibawa penjajah ke tanah melayu.
Matriks no: 2015834682
Saya juga telah belajar mengenai masyarakat plurality zaman kesultanan melayu Melaka, masyarakat pluralistic zaman penjajahan dan pasca merdeka. Masyarakat plurality zaman kesultanan melayu Melaka, boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama dalam pembentukkan masyrakat pluraliti, iaitu dari segi pemerintahan, perdagangan, kependudukan dan akhir sekali kebudayaan. Masyarakat pluralistik zaman pemerintahan pula, penjajah datang ke tanah melayu kerana mereka mempunyai 3 matlamat utama iaitu, perkembangan agama, kekayaan dan kemegahan. Semasa kedatangan penjajah, mereka telah mengembangkan ajaran Kristian di tanah melayu. Dari segi kekayaan pula, penjajah telah mengaut semua hasil bumi yang bernilai di tanah melayu untuk dibawa balik ke Negara asal mereka. Kedatangan penjajah ke tanah melayu telah menyebabkan berlakunya perpecahan dari segi agama, system politik, system pendidikan dan lain-lain lagi.
BAB 3
Matriks no: 2015827128
Dalam Bab 3, saya telah belajar isu hubungan etnik dan perlembangaan.
-Perkara 3: Islam adalah agama persekutuan
-Perkara 8: Kesamarataan & hak sama rata
-Perkara 10(4): Batasan hak kebebesan bersuara
-Perkara 11: Kebebasan beragama
-Perkara 14: Peruntukan kewarganegaraan
-Perkara 38: Kuasa majlis raja-raja
-Perkara 89: Tanah rezab melayu.
apa yang saya nak sebut, ialah rasional perkara 3 iaitu walaupun islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi kebebsan beragama dijamin dalam perlembagaan, islam diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesuktanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan inggeris. Kedudukan agama islam tidak langsung di ganggu malah urusan agama islam di uruskan oleh raja-raja melayu. Sesuai dengan takrif Melayu, perkara 160 mendefinasikan melayu sebagai seorang yang beragama islam, lazimnya bertutur dalam bahasa melayu dan mengamalkan ada melayu,
Matriks no: 2015258242
Dalam bab 3, ia mengetengahkan mengenai perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik. Konsep perlembagaan ia menyentuh mengenai isu bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan yang menjadi factor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh di Malaysia. Perlembagaan boleh didefinisi sebagai satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan diantara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Hak yang digariskan disini ialah hak antara bumiputera dan non bumiputera di Malaysia. Kuasa pula ialah kuasa yang di pertuan agong, menteri, polis dan lain-lain lagi dalam mentadbir Negara supaya berada di dalam keadaan aman dan harmoni sentiasa.
Matriks no: 2015831974
Dalam Bab 3, saya telah belajar isu hubungan etnik dan perlembangaan. Iaitu, Perkara 3: Islam adalah agama persekutuan, Perkara 8: Kesamarataan & hak sama rata, Perkara 10(4): Batasan hak kebebesan bersuara, Perkara 11: Kebebasan beragama, Perkara 14: Peruntukan kewarganegaraan, Perkara 38: Kuasa majlis raja-raja dan Perkara 89: Tanah rezab melayu.
apa yang saya nak gariskan disini ialah rasional perkara 3 iaitu walaupun islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi kebebsan beragama dijamin dalam perlembagaan, islam diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesuktanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan inggeris. Kedudukan agama islam tidak langsung di ganggu malah urusan agama islam di uruskan oleh raja-raja melayu. Sesuai dengan takrif Melayu, perkara 160 mendefinasikan melayu sebagai seorang yang beragama islam, lazimnya bertutur dalam bahasa melayu dan mengamalkan adat melayu. Saya juga belajar mengenai unsur-unsur tradisi yang meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang melayu, dan bumiputera sabah dan Sarawak, dan akhir sekali unsur tradisi mengenai pemerintahan beraja.
Matrik no: 2015834682
Dalam bab 3, saya telah belajar mengenai Perlembagaan yang mempunyai empat authorities iaitu Yg-Dipertuan Agong, perundangan (dewan rakyat / dewan kehakiman), kehakiman dan executive. Kronologi penubuhan Malaysia memberitahu motif British buat Malayan Union adalah menghapuskan hak-hak raja melayu serta menyamakan kerakyatan tanpa kira bangsa dan kaum (jus soli). Demokrasi iaitu majoriti rule yang mana terbuka (sesiapa sahaja) dan berpalimen (valid dalam wakil sahaja). Kontrak social dan perlembagaan persekutuan iaitu semua kaum melayu dan bukan melayu bersetuju atas beberapa yang sangat perkara penting kepada kestabilan negara. Unsur tradisi merujuk kepada kontrak social yang telah disepakati semasa menggubal undang-undang. Unsur-unsur tradisi meliputi pemerintahan beraja, agama islam sebagai agama persekutuan, melayu sebagai Bahasa rasmi, dan kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah Sarawak. Survival Melayu mesti islam, bertutur dalam Bahasa melayu, dan mengamalkan adat istiadat melayu. Terdapat aspek-aspek persamaan antara piagam Madinah dan perlembagaan Malaysia seperti kebebasan beragama, jaminan hak asasi kemanusiaan, ketaatan kepada pemimpin, dan hak mendapat perlindungan daripada kezaliman. Isi penting perlembagaan Madinah dalam konteks hubungan etnik ialah sumber perundangan, ketua negara, syura, kerjasama social, pembangunan ekonomi, kebebasan hak asasi, dan keadilan universal.
BAB 4
Matriks no : 2015827128
Dalam bab 4, saya telah mempelajari mengenai konsep pembangunan dari perspektif Islam dan Barat , pembangunan ekonomi di Malaysia sebelum dan selepas merdeka ,serta Rancangan Malaysia yang merupakan Rancangan Pembangunan 5 tahun serta Dasar-dasar kerajaan. Bagi saya, pembangunan ekonomi amat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup rakyat. Oleh itu, setiap rakyat harus memahami dasar-dasar kerajaan.
Matriks no: 2015258242
Dalam bab 4 saya belajar mengenai konsep modenisasi, proses pembangunan ekonomi di Malaysia sebelum dan selepas merdeka, rancangan pembangunan ekonomi Malaysia yang meliputi RMK1-RMK9 dan juga dasar-dasar kerajaan, serta mempelajari konsep pembangunan dari segi perspektif islam dan barat. Modenisasi ialah satu proses transformasi dalam segala aspek kehidupan masyarakat telah dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuhi oleh semua bangsa dan Negara. Dari segi pembangunan ekonomi sebelum merdeka, masyrakat di tanah melayu hanya menjalankan ekonomi sara diri, selepas kedatangan british, mereka telah memperkenalkan ekonomi komersial, yang mana ekonomi ini lebih menguntungkan kepada mereka. Dan apabila penjajah datang ke tanah melayu, berlakulah perpecahan antara kaum dan sector ekonomi yang dipegang oleh setiap etnik. Apa yang saya belajar, kedatangan british telah membawa perpecahan dikalangan penduduk di tanah melayu.
Matriks no: 2015831974
Dalam bab 4 ini apa yang dapat saya pelajari ialah dari perspektif islam dan barat, islam melihat modenisasi sebagai pembangunan modal insan yang mencakupi aspek pembangunan rohani, spiritual dan material. Manakala dari aspek barat pula ialah proses tranformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Dalam bab 4 ini juga saya pelajari dasar-dasar ekonomi baru yang matlamat dan tujuan nya ialah untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi, membasmi kemiskinan dan mewujudkan peluang pekerjaan dan lain-lain lagi. Manakala dari konsep ekonomi islam pula ialah menekankan tiga perkara utama dalam kegiatan ekonomi, pertamanya islam menghalalkan cara aktiviti ekonomi yang baik, seperti jujur, amanah dan bertanggungjawab. Keduanya ialah islam mengharamkan segala aktiviti yang melibatkan barangan yang merosakan akal, badan, nyawa, fizikal dan lain-lain lagi dan yang terakhirnya ialah islam menuntut supaya manusia membelanjakan harta ke jalan ALLAH s.w.t.
Matrik no: 2015834682
Dalam bab 4, apa yang telah saya pelajari ialah mengenai pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Modenisasi ialah pembangunan modal insan yang mencukupi aspek pembangunan rohani, spiritual dan material. Memfokuskan kemajuan modal insan atau nilai-nilai kemanusiaan seperti aspek akidah, akhlak kemudian barulah pembangunan material. Kehidupan di akhirat adalah yang abadi selamanya, manakala kehidupan di dunia adalah bersifat sementara. Persoalan modenisasi dari segi falsafah ialah modenisasi berkait rapat dengan teori Evolusionisme bahawa perkembangan negara miskin kearah masyarakat moden tak dapat dielakkan. Manakala dari segi fizikal pula ialah kemajuan yang bertitik tolak dengan pembangunan sains dan teknologi yang membawa manusia Eropah mengusai alam sekitar dan mencari kekayaan. Konsep dan proses modenisasi bermula di Eropah akibat dari dua revolusi besar iaitu Revolusi Perancis (Mengubah sistem politik feudal Eropah) dan Revolusi Industri (Mengubah sistem ekonomi Eropah). Ciri-ciri ekonomi tradisional atau sara diri seperti menanam padi, melombong bijih timah, memungut hasil hutan, menternak binatang, dan menangkap ikan. Manakala, ekonomi dagangan seperti Sistem pertanian komersial perusahaan getah, penggunaan tenaga buruh luar, industri perlombongan, dasar british terhadap pekebun kecil, institusi kewangan. Selain itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) digubal selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969. Tujuannya adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia. Objektif dan matlamat DEB ialah membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Terdapat beberapa institusi ekonomi islam di Malaysia iaitu Baitulmal, Bank, dan Gadaian.
BAB 5
Dalam bab 5, saya telah belajar mengenai pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Matlamat modenisasi politik Malaysia ialah Pembinaan Negara Bangsa. Kepentingan pembinaan negara bangsa ialah modenisasi ekonomi memerlukan masyarakat nasional yang stabil dan berintegrasi dengan baik. Ukuran pencapaian terbahagi kepada dua iaitu kualitatif dan kuantitatif. Terdapat empat unsur Negara Bangsa seperti wilayah, sempadan, pemerintahan berdaulat tidak perlu campur tangan luar, dan rakyat mempunyai identity yang sama. Dalam indicator demokrasi terdapat parti politik iaitu makin banyak parti politik makin banyak demokrasi. Selain itu, setakat mana majlis perwakilan rakyat di parlimen atau majlis perundangan negeri.Tambahan lagi, terdapat juga perlembagaan negara dan pilihan raya dalam indicator demokrasi. Budaya politik zaman beraja dahulu sangat pasif. Politik menurut islam berasal dari perkataan siasah. Adalah wajib mengambil tahu pengurusan negara. Imam Al-Ghazali ada mengatakan bahawa agama dan politik adalah saudara kembar. Agama adalah asas, jika tiada asas maka sistem masyarakat akan collapse. Poliik adalah menjaga, jika tiada menjaga maka akan hilang. Politik adalah alat dan agama adalah matlamat. Syarat-syarat pemimpin ialah adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya), mempunyai ilmu, dan kemampuan memerintah. Asas politik islam ialah Al-Quran, Sunnah, Ijma’, dan Qias. Unsur utama politik islam pula ialah niat, tadaruj, an ‘uruf (ikut keadaan budaya).
BAB 6
Dalam bab 6 ini, yang telah dapat saya pelajari ialah mengenai dari hubungan etnik kearah masyarakat berintegrasi. Terdapat lapan strategi kearah integrase iaitu Rukun Negara, Wawasan 2020, Dasar Ekonomi Baru, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan, PLKN, dan Gagasan 1 Malaysia. Rukun Negara sebagai ideologi nasional Malaysia merupakan panduan untuk merencana program dan dasar negara. Rukun Negara digunakan sebagai instrumen mengatasi garis pemisah antara etnik dalam membentuk dan membimbing masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan perpaduan. Rukun Negara menjadi peraturan dan norma hidup kepada masyarakat di Malaysia dan pematuhan kepadanya dapat mewujudkan perpaduan antara etnik di negara ini. Antara dasar-dasar pembangunan negara ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, dan Dasar Wawasan Negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan melalui Akta Pelajaran 1961 merupakan dasar kearah mewujudkan masyarakat yang harmonis. Antara program utama yang dilaksana melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti Sekolah Wawasan, RIMUP, Matapelajaran Elektif Tamil dan Mandarin, Pelan Pembangunan Pendidikan, dan Program Bantuan Pelajar. Wawasan 2020 diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 1991. Matlamat pembangunan negara ialah menjadikan Malaysia sebuah negara industry dan pembentukan negara Malaysia yang maju menjelang 2020. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Bermula dengan penubuhan MAGERAN, Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di Malaysia yang rapuh ekoran peristiwa 13 Mei 1969. PLKN bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dikalangan generasi muda, menyatukan golongan muda dari pelbagai kaum dan menyediakan mereka bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara. 1 Malaysia merupakan pendekatan baharu bagi menempa sebuah zaman baharu demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakn prestasi berpaksikan keutamaan rakyat. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia ialah integriti, kebolehan dan kesaksamaan. Peranan masyarakat seperti rukun tetangga, rumah terbuka, dan difusi budaya. Peranan NGO pula ialah Rakan Cop, SUHAKAM, dan ALIRAN.
BAB 7
Dalam bab 7 saya telah belajar mengenai strategi survival melayu dan bumiputera. Survival ialah mengekalkan kesinambungan untuk hidup atau wujud. Terdapat beberapa kerajaan menjamin survival melayu iaitu dari segi politik, pendidikan, ekonomi, dan social dan budaya. Dari segi politik melayu berpolitik apabila inggeris perkenal Malayan Union. Dari segi pendidikan, Dato Onn Jaafar Berjaya memujuk orang-orang melayu supaya terima jus soli dengan syarat Inggeris menjamin nasib orang melayu. Dari segi ekonomi pula, dengan membasmi kemiskinan terutama orang melayu dan bumiputera. Melayu lebih miskin berbanding Cina dan India. Kerajaan perlu lah mengambil inisiatif mengubah nasib orang melayu. Akhir sekali, dari segi sosial dan budaya iaitu berperanan menjamin nilai-nilai sosial agar budaya terus kekal. Salah satunya mengamalkan dan menerapkan islam yang syumul supaya berpegang pada syariah islam. Terdapat tiga prinsip pembentukan kebudayaan kebangsaan seperti berteraskan pada kebudayaan asal rakyat, unsur-unsur kebudayaan lain yang boleh diterima, dan islam menjadi unsur penting.
No comments:
Post a Comment